PutraPerdana.com
Taman Putra Perdana Puchong Selangor Community Portal
Taman Putra Perdana Puchong Selangor Community Portal
Sep 1st

Simpang Amanputra Nusaputra
There is a good progress towards interchange opening. Pagi ini kelihatan beberapa pemuda membuat bancian trafik di depan papan tanda Amanputra.
Ini pastinya sebahagian dari usaha pemaju-pemaju perumahan di kawasan ini untuk mempercepatkan proses pemasangan lampu traffik di persimpangan ini sebagai syarat pembukaan rasmi Cyberjaya Cloverleaf Interchange.
Keadaan sekarang di Interchange tersebut agak merumitkan selagi ia tidak dibuka secara rasmi terutama pada masa peak hour sebelah pagi dan petang bila kenderaan dua hala bertembung untuk melepasi lorong kecil sekatan di interchange tersebut. Malah satu kemalangan juga telah berlaku di lorong sempit tersebut minggu lepas. Beberapa lorong masuk ke interchange yg ditutp dengan mengejut menyukarkan kenderaan untuk masuk melalui interchange tersebut dan terpaksa berjalan jauh ke Cyberjaya.
Adalah diharapkan Interchange ini dapat segera di buka , sekurang-kurangnya seperti target date sebagaimana yg disebut-sebut iaitu pada bulan November 2010 ini.
Aug 25th
Pada Khamis 26/8/2010 iaitu esok, satu program Bacaan Yassin dan Solat Hajat Khas untuk anak-anak yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR tahun 2010 ini akan dilangsungkan diMasjid Putra Perdana Selepas Maghrib.
Ia akan diikuti pula oleh satu program Ceramah NuzululQuran yang akan disampaikan oleh Ustaz Rafaei.
Di sebelah malam keawal pagi Jumaat 27/8 akan diadakan program Qiyamullail pada Jam 4.00 pagi yang akan di bawa oleh seorang ustaz yg memang terkenal dengan program Qiyamulailnya iaitu Ustaz Osman Ibrahim.
Semoga semua dapat mengambil bahagian demi mengimarahkan Ramadhan ini.
![]()
Aug 22nd

Semarak entrance
Semarak Apartment Putra Perdana merupakan apartment yang paling depan (rujuk map-area )dari jalan masuk putra perdana dari arah puchong. (Putra Perdana mempunyai dua jalan masuk ie. satu dari arah depan iaitu melalui LDP manakala satu lagi dari arah belakang melalui Putrajaya Elite highway dan Selangor Science Park 2 Cloverleaf interchange.)
Apartment ini terletak disebelah kiri Putra Perdana menghadapi lombong dan secara tidak langsung memberi advantage kepada penduduk apartment ini untuk menikmati pemandangan yang indah sebuah tasik yg juga merupakan faktor Good Feng Shui kepada penghuninya. Ia merupakan satu diantara dua kelompok apartment yg direct menghadap tasik. Satu lagi adalah Lakesville berhampiran Apartment Teratai.

lake view
Unit apartment ini mempunyai keluasan 750 SQF dan mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kemasan lantai broken marble adalah standard bagi sebuah apartment medium cost 5 tingkat di Putra Perdana ini disamping status hartanah disini semuanya adalah Leasehold atau Pajakan 99 tahun.
Antara kelebihan lain apartment ini mempunyai jumlah blok yg paling sedikit sekaligus bilangan penduduknya berkepadatan rendah memberi ruang keselesaan yang lebih. Dihadapan apartment ini adalah dewan serbaguna dan padang yang mempunyai sebuah sekolah agama. Pada hari Jumaat jalan masuk agak sesak kerana Pasar Malam yg diadakan sepanjang jalan didepan apartment ini.
video dari fullhouse.my

Semarak very few blocks
Photo:darul ridzwan,iproperty.my
Aug 20th
Video rakaman perjalanan dari Amanputra Putra Perdana ke MMu,Cyberjaya pada masa kurang dari 10 Min (6.46 mins to be exact) melalui Cloverleaf Interchange dan merentasi Selangor Science Park 2.
Rakaman Video ini bermula dari Simpang 4 Amanputra,Nusaputra,Putra Perdana yg menjadi kontroversi perlunya pemasangan Traffic Light hingga ke destinasi di pintu masuk MMU,Cyberjaya
Maybe very soon these MMU Students might flock-in and stay in Putra Perdana-Amanputra and Nusaputra Area.
Other students/staffs that might be interested in these area would be from existing Lim Kok wing University and soon to be established SEGI University College (SSP2) and University Al Medina(Cyberjaya).
Aug 19th
Tahukah anda tentang satu faktor yang menyebabkan Cloverleaf Interchange Putra Perdana-SSP2 masih belum boleh dibuka secara rasmi hingga sekarang?
(Ambilan dari Map-area)
Taman Putra Perdana ,Amanputra,Nusaputra berada di lokasi yang sangat strategik dan berhampiran dengan kawasan Prime Area seperti Selangor Science Park, Cyberjaya dan Putrajaya. Acces road yang sangat hampir dengan Putrajaya-Elite highway dan MEX menjadikan perjalanan ke Kuala Lumpur dan destinasi lain menjadi mudah dan convenient. Cloverleaf Interchange yang sudah siap dan menunggu pembukaan rasmi (dijangka hujung tahun 2010) menjadi nadi penghubung kesemua lebuhraya tersebut dan seterusnya meningkatkan nilai hartanah di kawasan ini.


Kesesakan waktu pagi di entrance Interchange kerana kenderaan dari dua hala harus bergilir.
Kalau dulu masaalah mendapan yang menyebabkan ia terpaksa dibaiki semula dalam satu jangkamasa yang lama, sekarang setelah semuanya di sempurnakan, interchange ini masih juga belum boleh di buka secara rasmi dan menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan warga setempat. Sehubungan dgn. itu pihak kami telah menghubungi pihak berkuasa berkenaan dan mendapat maklumat tentang faktor yang menghalang pembukaan interchange ini…
baca/bincang lanjut di forum ini